Belacan Pulau Aman
Belacan merupakan sejenis bahan masakan atau penambah rasa dalam kebanyakan masakan. Terdapat banyak jenis belacan dan salah satunya adalah belacan asli Chap Bintang Pulau Aman. Belacan Asli Chap Bintang Pulau Aman adalah belacan yang telah diperkenalkan oleh Hj. Md Saad bin Abdul Hamid sejak 50 tahun yang lalu di perkampungan nelayan Pulau Aman. Belacan ini diproses sepenuhnya secara tradisional dari proses pertama udang ditangkap sehinggalah proses pembungkusan dilakukan.
Belacan dihasilkan dari udang dan garam. Udang yang baik akan menghasilkan belacan yang sedap dan bermutu tinggi. Udang yang digunakan untuk membuat belacan adalah udang baring yang ditangkap menggunakan sirin, dibersihkan dari bahan asing dan dijemur sehingga kering.
Proses menjemur udang sebelum diproses
Setelah ianya kering, ia akan ditambah dengan garam dan ditumbuk sehingga lumat. Kemudia, ia akan diperam di dalam tong selama satu hari. belacan yang telah diperam akan dijemur sekali lagi sebelum proses pembentukkan dilakukan.
Udang yang sudah siap diproses menjadi belacan
Belacan ketul yang siap dibentuk
Proses pembentukkan belacan dilakukan menggunakan acuan secara manual. Setelah dibentuk, belacan akan dijemur untuk kali yang terakhir bagi menjaga mutu belacan.
Pembetukkan secara manual
Proses penjemuran setelah dibentuk
Akhir sekali, belacan akan dibungkus menggunakan plastik dan dibalut menggunakan kertas untuk menjaga mutu dan tidak mudah rosak. Belacan yang telah siap akan dijual kepada penduduk kampung berhampiran.
Belacan yang siap untuk dijual
Selepas 20 tahun, Hj. Mohamed Sahid bin Md Saad meneruskan pemprosesan belacan menggunakan mesin. Penggunaan mesin untuk membentuk ketulan belacan lebih memudahkan kerja pembentukkan. Dengan menggunakan mesin, belacan dapat dibentuk dengan cepat dan tepat mengikut saiz yang dikehendaki. Ia juga dapat meningkatkan kualiti dan kuantiti pengeluaran.
Pembentukkan ketulan menggunakan mesin
Siap dibungkus untuk dipasarkan
Kini perusahaan turun temurun belacan ini telah diperluaskan lagi dengan penghasilan belacan bakar yang dibungkus menggunakan plastik metalik. Penggunaan plastik metalik adalah lebih baik kerana bukan sahaja menjamin mutu belacan, bahkan belacan tidak berbau dan boleh dijual di pasaraya-pasaraya besar atau dieksport keluar negara.
Dibungkus menggunakan plastik metalik
Setelah melalui semua proses pembuatan belacan dan telah mematuhi hukum Syarak dan Standard HALAL Malaysia, akhirnya Belacan Pulau Aman telah mendapat SIJIL HALAL yang diperakui oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang dan diiktiraf oleh JAKIM.
Sijil Halal
“Wahai manusia makanlah daripada apa yang Kami berikan di muka bumi ini yang halal lagi bermutu dan jangan sekali-kali kamu mengikut jejak langkah syaitan kerana syaitan itu musuh yang nyata.” (Al-Quran, surah al-Baqarah: ayat 168).
No comments:
Post a Comment