Sunday, April 21, 2013

Promosi Bulan April

Anda membuka kedai runcit, kedai makan, meniaga nasi lemak, meniaga laksa? Apa kata anda dapatkan Belacan Pulau Aman 1 bundle dengan harga istimewa. Jangan lepaskan peluang ini...!!! Promosi ini berlangsung sepanjang bulan April...


Cepat! Cepat! Dapatkan stok anda hari ini sebelum promosi berakhir...
@
Daftarlah menjadi ejen jualan di kawasan anda... Untuk maklumat lanjut sila hubungi pegawai berdekatan anda.


Pelanggan Tetap.. Anda bila lagi...

Naib Ketua Biro Persatuan Seniman Malaysia, turut menjadi salah seorang penggemar Belacan Pulau Aman.... Anda bila lagi nak cuba? 

 Elyas Iskandar

JOM PAKAT-PAKAT TRY.... Tak rugi mencuba....

Sunday, April 7, 2013

Kenapa Pilih BELACAN PULAU AMAN?

Kenapa BELACAN PULAU AMAN??? 

1. BELACAN PULAU AMAN sudah mendapat SIJIL HALAL yang diperakui oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang dan diiktiraf oleh JAKIM.

   

2. BELACAN PULAU AMAN hanya menggunakan udang yang segar dan garam tanpa mencampurkan anak2 ikan tak terpilih, bahan pengawet serta bahan pewarna. Orang yang ada resdung juga boleh makan tanpa mendatangkan simptom gatal kerana menggunakan kualiti udang yang baik.


3. BELACAN PULAU AMAN membungkus belacan mengunakan plastik metalik. Bukan saja cantik tapi tidak mengeluarkan bau belacan yang kuat. Belacan ini juga siap dibakar, sedia digunakan. Bungkusan lebih kecil, memudahkan sukatan penggunaan kuantiti belacan.


"Wahai manusia, makanlah daripada apa yang kami berikan di muka bumi ini yang HALAL lagi BERMUTU dan janganlah sekali-kali kamu mengikuti jejak langkah syaitan kerana syaitan itu musuh yang nyata." (Al-quran, Surah Al-Baqarah : Ayat 168)




Thursday, March 14, 2013

Sambal Belacan dan Pelbagai Jenis Sambal Lain Yang Menggunakan Belacan Pulau Aman

SAMBAL BELACAN.... Kalau kat kampung kalau takde sambal belacan dan ulam-ulaman pasti tak cukup syarat nak makan nasi bertambah-tambah... Ia boleh dikatakan "Pembuka Selera" Biarlah tak ada ayam golek, daging black pepper, ikan sweet sour, ketam bertelur, udang panjat, ayam pandan dan makanan enak-enak. Tapi dengan adanya menu utama... SAMBAL BELACAN dan ulam-ulaman sudah memadai.. Seleranya nak menjamah nasi walau hanya ditambah ikan goreng... kecur liur bila nampak sambal belacan... Itu akak... orang lain tak tahu la..
Kali ni akak nak kongsi resepi pelbagai jenis sambal yang mengunakan SAMBAL BELACAN sebagai menu utama. Dengar macam simple... tapi jangan hairan dan terkejut kalau masih ramai di luar sana yang tak tahu macam mana nak buat sambal belacan... dan tak pernah menikmati keenakkan sambal belacan...

   

1. SAMBAL BELACAN (Menu Utama)
Bahan-bahan:~
6 biji cili merah yang segar
7-10 biji cili padi (dapat cili burung tu lagilah sedapnya) ~ Kurangkan jumlah kalau taknak pedas sangat.
15gram/1 bungkus belacan (BELACAN PULAU AMAN) yang siap dibakar
Sedikit garam
Air asam jawa (bancuh pekat)
Limau Nipis (Akak guna kedua-duanya sekali) ~ Limau nipis untuk mewangikan aroma sambal
Caranya:~
1. Basuh dan buang bili cili merah (Tak buang pun takpe, tapi kena tumbuk bagi biji cili hancur)
2. Masukkan cili merah, cili padi, belacan, garam ke dalam lesung batu.
3. Tumbuk sehingga semuanya lumat dan sebati.
4. Kemudian masukkan bancuhan air asam jawa, perahan limau nipis dan gaul rata.
5. Kemudian masukkan ke dalam piring/mangkuk. Siap untuk dimakan bersama ulam-ulaman.

    
2. SAMBAL BACANG/MACANG
Bahan-bahannya:~
1. Sambal Belacan
2. Buah Bacang/Macang

Caranya :~
1. Sediakan sambal belacan seperti dalam resepi utama.
2. Kupas kulit bacang/macang. Kemudian hiris isinya nipis-nipis macam nak buat kerabu. Jangan terlalu nipis dan kecil. Tebal sikit tak apa.
3. Masukkan hirisan buah bacang/macang ke dalam lesung. kemudian lenyekkan sedikit isinya dengan alu/anak lesung bagi lembik skit. Jangan sampai hancur terus.
4. Masukkan sambal belacan. Kemudian gaulkan sampai mesra dengan sambal.
5. Sendukkan ke dalam mangkuk untuk dihidang.
6. Untuk buat sambal ini, perlu kurangkan air asam jawa dan limau nipis agar tidak terlalu masam.

    
3. SAMBAL TEMPOYAK
Bahan-bahannya:~
1. Sambal Belacan
2. Tempoyak/ isi durian

Caranya:~
1. Sediakan sambal belacan seperti dalam resepi utama.
2. Masukkan 2-3 sudu sambal belacan dan 2-3 sudu tempoyak/isi durian.
3. Gaulkan sehingga mesra... Siap untuk dihidang. Resepi ni paling mudah untuk disediakan.

    
4. SAMBAL MANGGA
Bahan-bahannya:~
1. Sambal Belacan
2. Buah Mangga Muda

Caranya :~
1. Sediakan sambal belacan seperti dalam resepi utama.
2. Kupas kulit mangga muda. Kemudian hiris isinya nipis-nipis macam nak buat kerabu. Jangan terlalu nipis dan kecil. Tebal sikit tak apa.
3. Masukkan hirisan isi mangga muda ke dalam lesung. kemudian lenyekkan sedikit isinya dengan alu/anak lesung bagi lembik skit. Jangan sampai hancur terus.
4. Masukkan sambal belacan. Kemudian gaulkan sampai mesra dengan sambal.
5. Sendukkan ke dalam mangkuk untuk dihidang.
6. Untuk buat sambal ini, perlu kurangkan air asam jawa dan limau nipis agar tidak terlalu masam.
7. Resepi ini tak banyak beza dengan sambal bacang/macang.


   
5. SAMBAL AIR ASAM KERISIK
bahan-bahannya:~
Sambal Belacan
9 biji cili padi dipotong dadu
2 biji bawang besar ~ dimayang nipis
2 biji tomato ~ dihiris nipis.
Sedikit garam / gula
1 sudu kerisik

Caranya:~
1. Campurkan air asam jawa, garam, gula. Gaul sebati dan tapiskan.
2. Masukkan bawang besar yang dimayang, tumbuk supaya pecah-pecah aje.
3. Masukkan tomato dan tumbuk-tumbuk manja.
4. Masukkan sambal belacan, kerisik, cili padi yang dipotong, air tapisan dan gaulkan semua bahan sehingga serata.
5. Sendukkan ke dalam mangkuk... sedia untuk dihidang.
6. Sedap dimakan bersama daging bakar atau daging rebus.

     
6. SAMBAL KELAPA
Bahan-bahannya:~
Sambal Belacan
1 cawan kelapa parut
1 biji bawang besar ~ dimayang kecil
1 biji tomato ~ dipotong dadu
Garam
Limau nipis

Caranya:~
1. Masukkan kelapa parut dan sambal belacan ke dalam lesung. Tumbuk sampai sebati.
2. Masukkan bawang besar yang sudah dimayang. Tumbuk pecah-pecah aje.
3. Masukkan hirisan tomato dan garam. Tumbuk manja-manja.
4. Perah limau nipis. Gaul bagi sebati.
5. Masukkan ke dalam mangkuk untuk dihidang.
6. Sedia dimakan bersama ulam daun selom, ulam raja, ulam pucuk beluntas dan ulam pegaga.



Resepi Laksa Penang


Pada pendapat akak, dalam pembuatan laksa tak kira laksa dari mana2 negeri sekali pun, ikan memainkan peranan yang begitu penting. Kalau ikan tu segar, hmm laksa anda sudah pasti sedap dan lazat...kalau ikan tu dah arwah lama, rasa tu ok lah juga setakat "ok - ok" jee..lagi satu yang akak ingat, kalau laksa penang ni, kualiti ("belacan" gunalah Belacan Pulau Aman yang Halal dan Suci) juga penting untuk menentukan rasa kuahnya. Satu yang istimewanya, nenas dicampur dalam kuah selain bahan2 lain. Kuah dia kan kalau 1 - 2 hari lepas tu, lagi sedapppp!!!... Paling best dimakan bersama otak udang atau petis...tau tak petis tu apa..alahh yang kaler hitam pekat untuk membuat rojak petis tu...kalau tak tau, lain kali pi beli barang dapur, cuba jeling2 manja sikit....

BAHAN - BAHAN KUAH:-)
1 kg ikan kembong (akak guna kembong batu)
1 tin kecil ikan sardine "cap ayam" / 1 ekor ikan tongkol
20 biji cili kering, kerat2, cuci dan rendam dalam air panas dan toskan*
5 biji cili merah*
6 biji bawang merah*
1 biji bawang besar*
1 batang serai, dihiris*
1 cm lengkuas*
30 g belacan (Belacan Pulau Aman)*(*dikisar halus)
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap kuntum
1 cawan nenas yang didadu halus
1 genggam daun pudina
1 genggam daun kesom
3 keping asam gelugor
20 g asam jawa + 1 cawan air, ramas dan tapis jusnya
Air secukupnya (ikut suka hati masing2 nak banyak mana)
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN LAIN :-)
Mee laksa, kalau guna yang kering, rendam 1 - 2 jam, rebus lembut, tos, cuci dgn air paip dan toskan.
Hirisan daun kesom
Hirisan daun salad
Hirisan daun selom
Hirisan cili padi
Hirisan timun (potong bentuk jejari halus)
Hirisan bawang besar
Hirisan bunga kantan (kalau suka)
Belahan limau kasturi
Petis secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK KUAH :- Ikan kembong/ikan tongkol disiang, cuci bersih dan rebus hingga masak. Keluarkan ikan, asingkan isi dan tulangnya. Kisar tulang2 ikan tadi dan tapis, ketepikan. Ikan sardine, diasingkan dari sosnya, cuci ikan tadi dan lecek hancur, buat sama dengan isi ikan kembong tadi. Air rebusan ikan tadi ditapis ke dalam periuk, masukkan bahan kisar halus, nenas, air dari kisaran tulang ikan dan isi ikan tadi. Masak hingga mendidih dan masukkan jus asam jawa, asam gelugor dan air secukupnya. Tambah belahan bunga kantan dan daun kesom. Masak dengan api perlahan selama 45 - 60 minit. Tambah air jika perlu. Akhir sekali masukkan daun pudina dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Biar mendidih 2 - 3 minit lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  2. UNTUK LAKSA PENANG :- Masukkan laksa secukupnya dalam mangkuk sesuai, tuang kuah laksa tadi (pastikan kacau dulu sebelum tuang) secukupnya. Hias dengan bahan2 lain sebagai pelengkap dan diakhiri dengan 1/2 camca besar petis udang sebagai penambat selera....Hmmm sedap nihh...masa dok tulis ni pun, asyik terliurr jee...ahhh.. tak relaaa!!!!!!

Monday, March 4, 2013

Ejen Jualan Diperlukan

Kami mencari sesiapa yang berminat membeli barang secara borong serta menjadi wakil jualan produk kami Belacan Pulau Aman dan Sabun Pencuci. Sila daftarkan nama anda dan dapatkan barang dengan harga borong yang menarik. 
Jangan lepaskan peluang ini!!!!!. Setiap ejen yang aktif dan mencapai target jualan akan mendapat hadiah menarik daripada pihak syarikat.
Kepada yang berminat sila hubungi pegawai berdekatan anda atau e-mail maklumat anda (nama, alamat, no.telefon) ke alamat integritimaju.imc@gmail.com

 

Sabun Pencuci

Kami adalah pembekal dan pengedar pelbagai jenis sabun pencuci yang HOT sekarang ini. Mutu dan kualitinya setanding jenama di luar dan dijual dengan harga yang murah. Produk-produk ini diambil direct dari kilang. Antara produk-produk yang kami edarkan ialah : ~

Sabun Pencuci Pakaian (Cecair)

Sabun pencuci pakaian ini dijamin PEKAT, memBERSIH dan WANGInya tahan lama dipakaian. Kami ada pelbagai jenis pilihan untuk anda semua cuba. Antaranya :~

~ Biru Pekat - Orange (10 liter)
~ Biru Muda - Dynamo (10 liter)
~ Kuning - Lemon (10 liter)
~ Purple - Lavender (10 liter)
~ Pink - Rose (10 liter)

Antara Produk-produk Pencuci 
   























Selain sabun pencuci pakaian, kami juga menjual softener,  lantai, pencuci pinggan, pencuci kereta, sabun cuci tangan, clorox dan pengilat tayar.


Pencuci Pinggan (10 liter)

Mengapa perlu bayar lebih $$$$$? Jika boleh berjimat dengan penggunaan produk ini yang kualiti dan mutunya setanding produk berjenama.