Thursday, March 14, 2013

Sambal Belacan dan Pelbagai Jenis Sambal Lain Yang Menggunakan Belacan Pulau Aman

SAMBAL BELACAN.... Kalau kat kampung kalau takde sambal belacan dan ulam-ulaman pasti tak cukup syarat nak makan nasi bertambah-tambah... Ia boleh dikatakan "Pembuka Selera" Biarlah tak ada ayam golek, daging black pepper, ikan sweet sour, ketam bertelur, udang panjat, ayam pandan dan makanan enak-enak. Tapi dengan adanya menu utama... SAMBAL BELACAN dan ulam-ulaman sudah memadai.. Seleranya nak menjamah nasi walau hanya ditambah ikan goreng... kecur liur bila nampak sambal belacan... Itu akak... orang lain tak tahu la..
Kali ni akak nak kongsi resepi pelbagai jenis sambal yang mengunakan SAMBAL BELACAN sebagai menu utama. Dengar macam simple... tapi jangan hairan dan terkejut kalau masih ramai di luar sana yang tak tahu macam mana nak buat sambal belacan... dan tak pernah menikmati keenakkan sambal belacan...

   

1. SAMBAL BELACAN (Menu Utama)
Bahan-bahan:~
6 biji cili merah yang segar
7-10 biji cili padi (dapat cili burung tu lagilah sedapnya) ~ Kurangkan jumlah kalau taknak pedas sangat.
15gram/1 bungkus belacan (BELACAN PULAU AMAN) yang siap dibakar
Sedikit garam
Air asam jawa (bancuh pekat)
Limau Nipis (Akak guna kedua-duanya sekali) ~ Limau nipis untuk mewangikan aroma sambal
Caranya:~
1. Basuh dan buang bili cili merah (Tak buang pun takpe, tapi kena tumbuk bagi biji cili hancur)
2. Masukkan cili merah, cili padi, belacan, garam ke dalam lesung batu.
3. Tumbuk sehingga semuanya lumat dan sebati.
4. Kemudian masukkan bancuhan air asam jawa, perahan limau nipis dan gaul rata.
5. Kemudian masukkan ke dalam piring/mangkuk. Siap untuk dimakan bersama ulam-ulaman.

    
2. SAMBAL BACANG/MACANG
Bahan-bahannya:~
1. Sambal Belacan
2. Buah Bacang/Macang

Caranya :~
1. Sediakan sambal belacan seperti dalam resepi utama.
2. Kupas kulit bacang/macang. Kemudian hiris isinya nipis-nipis macam nak buat kerabu. Jangan terlalu nipis dan kecil. Tebal sikit tak apa.
3. Masukkan hirisan buah bacang/macang ke dalam lesung. kemudian lenyekkan sedikit isinya dengan alu/anak lesung bagi lembik skit. Jangan sampai hancur terus.
4. Masukkan sambal belacan. Kemudian gaulkan sampai mesra dengan sambal.
5. Sendukkan ke dalam mangkuk untuk dihidang.
6. Untuk buat sambal ini, perlu kurangkan air asam jawa dan limau nipis agar tidak terlalu masam.

    
3. SAMBAL TEMPOYAK
Bahan-bahannya:~
1. Sambal Belacan
2. Tempoyak/ isi durian

Caranya:~
1. Sediakan sambal belacan seperti dalam resepi utama.
2. Masukkan 2-3 sudu sambal belacan dan 2-3 sudu tempoyak/isi durian.
3. Gaulkan sehingga mesra... Siap untuk dihidang. Resepi ni paling mudah untuk disediakan.

    
4. SAMBAL MANGGA
Bahan-bahannya:~
1. Sambal Belacan
2. Buah Mangga Muda

Caranya :~
1. Sediakan sambal belacan seperti dalam resepi utama.
2. Kupas kulit mangga muda. Kemudian hiris isinya nipis-nipis macam nak buat kerabu. Jangan terlalu nipis dan kecil. Tebal sikit tak apa.
3. Masukkan hirisan isi mangga muda ke dalam lesung. kemudian lenyekkan sedikit isinya dengan alu/anak lesung bagi lembik skit. Jangan sampai hancur terus.
4. Masukkan sambal belacan. Kemudian gaulkan sampai mesra dengan sambal.
5. Sendukkan ke dalam mangkuk untuk dihidang.
6. Untuk buat sambal ini, perlu kurangkan air asam jawa dan limau nipis agar tidak terlalu masam.
7. Resepi ini tak banyak beza dengan sambal bacang/macang.


   
5. SAMBAL AIR ASAM KERISIK
bahan-bahannya:~
Sambal Belacan
9 biji cili padi dipotong dadu
2 biji bawang besar ~ dimayang nipis
2 biji tomato ~ dihiris nipis.
Sedikit garam / gula
1 sudu kerisik

Caranya:~
1. Campurkan air asam jawa, garam, gula. Gaul sebati dan tapiskan.
2. Masukkan bawang besar yang dimayang, tumbuk supaya pecah-pecah aje.
3. Masukkan tomato dan tumbuk-tumbuk manja.
4. Masukkan sambal belacan, kerisik, cili padi yang dipotong, air tapisan dan gaulkan semua bahan sehingga serata.
5. Sendukkan ke dalam mangkuk... sedia untuk dihidang.
6. Sedap dimakan bersama daging bakar atau daging rebus.

     
6. SAMBAL KELAPA
Bahan-bahannya:~
Sambal Belacan
1 cawan kelapa parut
1 biji bawang besar ~ dimayang kecil
1 biji tomato ~ dipotong dadu
Garam
Limau nipis

Caranya:~
1. Masukkan kelapa parut dan sambal belacan ke dalam lesung. Tumbuk sampai sebati.
2. Masukkan bawang besar yang sudah dimayang. Tumbuk pecah-pecah aje.
3. Masukkan hirisan tomato dan garam. Tumbuk manja-manja.
4. Perah limau nipis. Gaul bagi sebati.
5. Masukkan ke dalam mangkuk untuk dihidang.
6. Sedia dimakan bersama ulam daun selom, ulam raja, ulam pucuk beluntas dan ulam pegaga.



No comments:

Post a Comment