Thursday, February 28, 2013

Resepi Kerabu Kacang Botol


Kerabu Kacang Botol 


Bahan-Bahan : ~

1 Ikat Kacang Botol (dipotong halus)
1 Cawan Kelapa Parut
1 Labu Bawang Besar (dipotong nipis)
5 Biji Limau Kasturi
Garam dan Gula secukup rasa

Bahan-Bahan Untuk Dimesin :~

5 Tangkai Cili Merah / Cili Padi
1/4 Paket Belacan Pulau Aman yang siap dibakar (saiz kecil)
1/2 Biji Mangga yang separuh masak
1 Sudu Besar Udang Kering (rendam ke dalam air panas seketika)

Cara-Caranya :~

~ Masukkan ke semua bahan yang telah dimesin, kelapa, gula dan garam ke dalam kuali.
~ Masakkan sehingga agak kering.
~ Tutup api dan masukkan semua bahan yang dipotong halus.
~ Perahkan jus limau kasturi.
~ Kacau rata.
~ Sedia untuk dihidang


Resepi Asam Pedas Melaka





Asam Pedas Melaka 

Bahan-bahannya:
4 ulas bawang kecik (size besar sikit, kalau yg kecik-kecik tu double kan la)
3 ulas bawang putih
1 1/2 kunyit hidup
1 sudu jintan manis (Secret Recipe)
Sedikit belacan (Belacan Pulau Aman ~ kalau takde, order cepat. Nanti akak pos)
4 - 5 sudu besar cili kering yang dah diblender
Air asam jawa (Untuk kuah dalam 1 1/2 mangkuk macam gambar di atas. Kalau rasa pekat, tambah air lagi)
Ikan (suka hati la ikan apa)
**Bahan tambahan yang akak modified
(lumrah kehidupan manusia, apa yang dia dapat mesti dia nak ubah):
1 sudu besar serbuk kari ikan (guna Baba's sedap - Ini akak tambah sendiri. Resepi nenek takde)
Daun kesum dan bunga kantan (orang Melaka tak minat letak daun kesum ni, sebab abah akak memang tak suka asam pedas letak daun kesum. Tapi, akak suka.)
Cara membuatnya: ~ (Cara asal nenek Melaka)
1. Tumbuk asing-asing semua bawang, kunyit, jintan manis tu.
2. Panaskan minyak.
3. Tumis satu persatu bawang kecik + bawang putih, pastu masukkan kunyit hidup pulak, tumis lagi dan kemudian jintan manis, tumis lagi. (Rajin kan orang dedulu, patut la masak sedap)
4. Belacan (Belacan Pulau Amandihancurkan dengan air sedikit, pastu masukkan dalam bahan tumisan. Tumis lagi sampai naik bau. (Sedapnya bau time ni)
4. Masukkan cili kering. Tumis sampai keluar pecah minyak orang kata.
5. Masukkan air asam jawa, garam, serbuk perisa.
6. Dah mendidih kuah tu, masukkan la ikan. 
Cara membuatnya: ~ (Cara akak pulak)
1. Blender semua bawang, kunyit, jintan manis tersebut. (Rajin kan orang sekarang? Patut la masak sedap jugak. Eh, memang sedap ye.)
2. Panaskan minyak.
3. Lebur je semua yang dah diblender tadi untuk ditumis.
4. Masukkan cili dan juga serbuk kari ikan. Tumis sehingga pecah minyak (Yang ni memang kena ikut cara nenek, kalau tak nanti pedas sangat asam pedas tu sebab cili tak masak)
5. Kemudian, masukkan air dan pes asam jawa Adabi yang dah siap tu - (orang zaman sekarang guna pes je, takde dah guna asam jawa yang ada biji tu)
6. Dah mendidih, masuk la daun kesum, pastu masukkan la ikan. Kalau ada sayur bendi ke, terung ke, masukkan la sekali.
p/s: Asam jawab tu ikut masam la. Jangan masam sangat, nanti makan je muka menyenget. Jangan tak masam langsung, nanti bukan asam pedas namanya.

Selamat mencuba! 
Kalau sedap maknanya resepi akak best. 
Kalau tak sedap, maknanya korang tak pandai masak!
Lalalala.... 


Monday, February 25, 2013

Belacan Pulau Aman

Belacan Pulau Aman
Belacan Pulau Aman merupakan produk utama yang syarikat kami pasarkan. Ianya adalah keluaran bumiputera dan diiktiraf Halal oleh JAKIM serta Majlis Agama Islam Pulau Pinang.
Sijil Halal 

Antara Produk-produk Belacan Pulau Aman
Belacan Bakar ~ Dibungkus menggunakan plastik metalik
Belacan Bakar 
Dibungkus menggunakan plastik metalik
Berat Bersih ~ 40 Gram
Sekotak ~ 48 Bungkus
Harga ~ RM1.00 Sebungkus
Belacan Bakar 
Dibungkus menggunakan plastik metalik
Berat Bersih ~ 15 Gram
Sepapan ~ 40 Bungkus
Harga ~ RM0.50 Sebungkus
Belacan Belum Dibakar
Berat Bersih ~ 280 Gram
Harga ~ RM4.00 Seketul
Belacan Belum Dibakar
Berat Bersih ~ 280 Gram
Harga ~ RM4.00 Seketul

"Cubalah BELACAN PULAU AMAN untuk merasai keenakkan masakan anda. Untuk mendapatkan Sample PERCUMA, sila hubungi ejen berdekatan anda dan juga boleh membeli secara Pos atau Cash On Delivery."